fbpx

China adakan latihan tentera di Laut China Selatan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL PEMUSNAH China, Xining menyertai latihan tentera bersama dengan Iran dan Rusia di Lautan Hindi pada 29 Disember 2019. - AFP

BEIJING – China akan mengadakan latihan tentera di Laut China Selatan esok, kata pihak berkuasa maritim negara itu, selepas Barat menuduh Beijing menyimpan cita-cita ketenteraan di seluruh rantau Pasifik.

Latihan tentera itu dijadual diadakan di tengah laut, kurang 25 kilometer dari pantai wilayah Hainan. Ia diumumkan selepas Amerika Syarikat (AS) mengetuai amaran berhubung pengaruh China yang semakin meningkat dari sudut ekonomi dan tentera di kawasan yang bermula dari Laut China Selatan hingga ke negara-negara kepulauan Pasifik.

“Latihan tentera akan diadakan dan kemasukan adalah dilarang,” kata Pentadbiran Keselamatan Maritim dalam satu kenyataan semalam yang memberi amaran bahawa kawasan seluas sekitar 100 kilometer persegi akan ditutup kepada trafik maritim selama lima jam.

China mengadakan latihan serupa secara rutin di perairannya dengan satu lagi latihan tentera dijadualkan di kawasan lain dekat Hainan minggu depan di samping beberapa latihan tentera lain di sepanjang perairan pantai timurnya.

Bagaimanapun, latihan tentera terbaharu itu diadakan ketika Beijing berdepan amaran yang semakin meningkat daripada AS dan sekutu Baratnya berhubung tentera lautnya yang meningkatkan usaha untuk menukar penguasaan serantau.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken semalam menuduh Beijing mencetuskan ketegangan berhubung Taiwan.

“Beijing terlibat dalam retorik dan aktiviti yang semakin provokatif seperti menerbangkan pesawat PLA berhampiran Taiwan hampir setiap hari,” kata Blinken dalam satu ucapan, merujuk kepada Tentera Pembebasan Rakyat China. – AFP  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI