fbpx

Berjalan di atas mayat semasa daki Everest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sembilan mayat pendaki ditemui dalam masa seminggu di laluan teknikal menuju ke puncak Everest. - AFP

KATHMANDU, Nepal – Angka kematian terburuk di Gunung Everest dalam tempoh tujuh tahun pada musim pendakian kali ini adalah disebabkan pemberian permit kepada pendaki yang tidak profesional dan bersedia untuk menawan puncak tertinggi dunia itu.

Menurut laporan akhbar Daily Star UK, kenyataan tersebut disuarakan oleh pendaki gunung berpengalaman, Nick Hollis yang terpaksa melangkah di atas sembilan mayat ketika dalam perjalanan menuju ke puncak Everest.

Pihak berkuasa Nepal berkata,  11 orang telah mati di Everest pada musim ini dengan sembilan mangsa ditemui di sebelah Nepal dan dua lagi di sebelah Tibet, menjadikan ia musim paling dahsyat sejak 2015.

“Saya tidak menjangkakan untuk ‘bertembung’ dengan begitu banyak mayat pendaki dalam masa sama.

“Tidak keterlaluan jika ia digambarkan seperti berjalan di atas mayat,” kata Hollis.

Kerajaan Nepal mengeluarkan rekod 381 permit tahun ini, setiap satu berharga AS11,000 (RM48,207).

Ditambah dengan Sherpa sebagai pemandu pendakian yang penting, ini bermakna terdapat lebih 800 orang yang cuba menawan Everest dalam masa setahun terutama di beberapa hari terakhir yang disarankan untuk membuat pendakian pada bulan ini.

Hollis berkata, masalah lalu lintas adalah disebabkan beberapa faktor termasuk cuaca buruk dan jumlah pendaki yang ramai.

Namun, apa yang paling berbahaya adalah semakin ramai pendaki yang tidak cekap dan bergerak sangat perlahan melalui laluan hingga mewujudkan kesesakan.

“Lanskap di Everest telah berubah namun pertambahan pendaki yang tiada pengalaman asas mendaki menjadikan ekspedisi menawan puncak semakin berbahaya.

“Pemandangan di Base Camp sangat luar biasa apabila dikerumuni kumpulan pendaki amatur ini dan ia sesuatu yang perlu diberi perhatian,” tegas Hollis. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI