fbpx

Bayi maut dilanggar bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas yang melanggar bayi tersebut di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.

SEPANG – Luluh hati seorang kakak apabila terpaksa mengeluarkan adik perempuannya dalam keadaan lemah longlai dari bawah badan bas sekolah selepas bayi berusia 16 bulan itu dilanggar kenderaan itu dalam kejadian tengah hari tadi.

Bagaimanapun, bayi itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Salak Tinggi akibar kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian di badan.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi, itu, mangsa dikatakan dilanggar bas berkenaan ketika cuba mengekori kakaknya untuk menaiki bas itu ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, mangsa tanpa disedari mengekori kakaknya menuju ke arah bas sekolah itu sebelum dilanggar.

Beliau berkata, pemandu bas menyedari kejadian itu selepas merasakan telah melanggar sesuatu sebelum mendapati ada bayi di bawah badan bas.

“Mangsa di bawa keluar oleh kakaknya sendiri dari bawah badan bas sebelum di hantar ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.

“Jenazah mangsa di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. -KOSMO! 0NLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN