fbpx

Wanita warga emas maut, pokok kelapa hempap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebahagian rumah mangsa akibat dihempap pokok kelapa yang tumbang pada awal pagi tadi.

KANGAR – Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia selepas sebuah rumah di Jalan Bukit Kecil di sini ditimpa sebatang pokok kelapa awal pagi ini.

Mangsa dikenali sebagai Hatun Osman, 66.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 4.53 pagi tadi dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati sebatang pokok kelapa tumbang dan menimpa bahagian bilik sebuah rumah. Anggaran kemusnahan rumah akibat kejadian tersebut adalah sebanyak 20 peratus.

“Selain itu, kita mendapati seorang wanita warga emas berusia 66 tahun telah dikeluarkan oleh orang awam,” katanya di sini.

Menurutnya, mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI