PETALING JAYA – Penceramah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias meminta orang ramai mendoakan kesihatannya yang semakin merosot disebabkan penyakit kulit misteri.
Perkongsian Ustaz Kazim di TikTok oleh toksingaofficial tular apabila dia menunjukkan pengalamannya sedang menerima rawatan.
Melalui rakaman klip video berdurasi 30 saat itu, Ustaz Kazim berkata, dia sudah tidak larat serta bimbang jika tidak boleh berdakwah lagi ekoran masalah kesihatannya itu.
Orang ramai yang melihat rakaman klip video itu turut bersimpati dengan keadaan yang dihadapi Ustaz Kazim dan turut memberikan kata-kata semangat serta mendoakan beliau.
“Semoga ustaz diberikan kesembuhan dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan, Allah SWT sentiasa melindungi hambanya,” tulis Rasimah Hassan.
“Kita semua berdoa minta ampun, minta belas kasihan Allah. Bantulah Ustaz Kazim agar sembuh,” komen Nor Zakiah.
“Semoga Ustaz Kazim cepat sembuh sepenuhnya seperti sediakala,” ujar Ridzuan. – KOSMO! ONLINE.