fbpx

Tempoh guru interim dilanjutkan setahun lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tempoh perkhidmatan ribuan orang guru interim bagi lantikan pada 2019 lalu di semua institusi Kementerian Pendidikan seluruh negara akan dilanjutkan lagi untuk setahun.

Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi kenyataan ringkas kementerian berkenaan di sini hari ini susulan beberapa isu melibatkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Pelanjutan ini juga bagi membolehkan guru-guru terbabit dapat menyelesaikan urusan temuduga dan proses lantikan secara tetap untuk memenuhi syarat oleh pihak berkenaan,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin memaklumkan bahawa guru interim berkhidmat di sekolah kerajaan bakal diberikan keutamaan bagi pelantikan tetap.

Inisiatif terbaharu itu dilakukan bagi menampung segera kekosongan guru di banyak sekolah kementerian tersebut sama ada bersara wajib, meninggal dunia atau berhenti kerja lebih awal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI