fbpx

Stesen polis marin di Tak Bai diserang, tiga cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kawasan di luar balai polis marin di daerah Tak Bai, Narathiwat semasa serangan semalam. - Bangkok Post

BANGKOK – Tiga anggota keselamatan Thailand cedera apabila sebuah stesen polis marin diserang menggunakan senjata api dan bom tangan malam di Tak Bai dalam wilayah Narathiwat semalam, lapor akhbar Bangkok Post.

Serangan itu bermula sekitar pukul 9.35 malam (waktu tempatan). Dianggarkan enam orang membaling bom ke stesen tersebut dan melepaskan tembakan menggunakan raifal automatik.

Polis melaporkan bahawa pihaknya mendengar bunyi tiga letupan, manakala serangan itu turut mencetuskan kebakaran.

Pasukan polis marin berbalas tembakan dengan kumpulan penyerang

Dalam perkembangan sama, sebuah tong gas mencurigakan dilihat di sebuah kedai runcit berhampiran dan akan diperiksa oleh skuad pemusnah bom.

Tiga anggota marin yang cedera itu dikenal pasti sebagai prebet Sulaiman Yuso, 23, sukarelawan pertahanan Opas Saensom, 33 dan sukarelawan pertahanan Ekawat Ketduang  yang berusia 41 tahun.

Ketiga-tiganya cedera terkena serpihan bom. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI