fbpx

Sesungguhnya penggodam itu benar – Misha Omar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MISHA OMAR

PETALING JAYA – Penyanyi versatil Misha Omar bersyukur selepas mendapat semula akaun Instagram miliknya yang dipercayai digodam individu tidak dikenali sebelum ini.

Misha ketika dihubungi Kosmo! berkata, ini kali pertama perkara tersebut berlaku kepadanya dan tidak tahu apa sebab individu tersebut melakukan sedemikian rupa.

“Saya sendiri pun tak tahu apa yang individu itu mahukan dari saya. Sebelum ini memang tak pernah kena macam ni.

“Apapun lepas ini kena lebih berhati-hati sebab kita tak tahu niat orang,” katanya.

Terdahulu, Misha memuat naik hantaran dalam Instagramnya selepas mendapat semula akaun tersebut yang kini memiliki 1 juta pengikut.

“Alhamdulillah, akhirnya Kak Mitch dapat balik nama Misha Omar yg telah ditukar kepada nama H. A. Fadil beberapa hari yang lalu.

“Tidak pernah terfikir akan melalui pengalaman seperti itu. Sesungguhnya hackers (penggodam) itu adalah benar, kawan-kawan kak Mitch semua hati-hati ya. Tolong ambil langkah berjaga-jaga.

“Semoga kalian terhindar dari perkara-perkara yang tidak baik seperti ini. Terima kasih kepada tangan-tangan yang sangat baik hati menghulurkan pertolongan kepada Kak Mitch!,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut turut gembira setelah akaun Instagram idola mereka itu dapat dijejaki semula.

“Welcome back (selamat kembali) Kak Mitch. Patutlah lama menyepi tak ada apa-apa perkembangan, rupanya kena godam.

“Alhamdulillah my idol is back (idola saya kembali). Siapa punya kerjalah tu sampai nak godam Kak Mitch punya akaun,” tulis pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI