fbpx

Peter didapati bersalah palsukan surat kerja kontrak di UMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azura Alwi mensabitkan Peter, 51, atas pertuduhan itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir kes pembelaanya.

Pada 14 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Peter, 51, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Peter yang juga bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), memberi keterangan dari tempat saksi pada 9 dan 10 Februari lepas.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Prosiding masih berjalan dan Hakim Azura sedang membaca alasan penghakiman.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI