fbpx

Pelajar terkena renjatan elektrik dipindah ke ICU HSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang pelajar pusat Giat Mara Sekinchan terkena renjatan elektrik.

SABAK BERNAM – Seorang pelajar lelaki yang cedera terkena renjatan elektrik di Pusat Giat Mara Sekinchan di sini, semalam kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB).

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa yang berusia 19 tahun sebelum itu dihantar ke Hospital Tanjong Karang.

“Pelajar yang tidak sedarkan diri selepas kejadian dimasukkan ke hospital dengan bantuan alat pernafasan.

“Namun, dia kemudian dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, perkembangan lanjut mengenai keadaan mangsa akan dimaklumkan pihaknya dari semasa ke semasa.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pelajar lelaki cedera apabila terkena renjatan elektrik di Pusat Giat Mara Sekinchan di sini, yang dilanda banjir kilat.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 19 tahun memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI