fbpx

Lebih 33 juta #SEAGames2021 banjiri Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanda pagar paling popular semasa Sukan SEA Vietnam 2021.

PETALING JAYA – Penganjuran Sukan SEA Vietnam 2021 baru-baru ini telah menyaksikan semangat sukan dalam kalangan penduduk dunia kerana sentiasa bersatu hati memberi semangat kepada para atlet yang bertanding.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Twitter, lebih 33 juta ciapan telah direkodkan dalam kalangan pengguna Twitter dengan menggunakan tanda pagar (#) SEAGames2021 sehingga menjadi ‘trending’ bagi tempoh beberapa hari.

“Dari 12 Mei hingga 23 Mei 2022, terdapat lebih dari 33 juta Tweets (ciapan) berkaitan #SEAGames2021 di seluruh dunia dan 11 peratus Tweets dari Asia Tenggara datang dari Malaysia.

“Tanda pagar lain yang diciap oleh penyokong Malaysia seperti #DemiMalaysia dan #SemarakJuara adalah carian yang diikuti untuk mendapatkan berita terkini secara langsung dari pentas perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, laman Twitter menjadi tempat para peminat sukan untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai Sukan SEA Vietnam 2021 serta segala keputusan terkini dan pingat yang berjaya dirangkul oleh atlet pilihan masing-masing.

Jelasnya lagi, rakyat Malaysia telah berjaya menceriakan wira-wira sukan negara dengan kata-kata semangat yang diberikan menerusi jutaan ciapan di Twitter.

“Rakyat Malaysia berbilang kaum bersatu di Twitter ketika mereka berhubung dan menceriakan atlet negara mereka dengan kata-kata semangat dan sokongan tanpa mengira keputusan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI