fbpx

Lebih 1,000 kekosongan haji telah diisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz Ghazi menyampaikan cenderamata kepada Idris Ahmad (dua kiri) sempena Majlis Pra Pelancaran Hafazan Alquran Peringkat Kebangsaan tahun 1423 hijrah di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lebih daripada 1,000 kekosongan tempat bagi mengerjakan ibadah haji musim ini yang ditolak oleh bakal jemaah atas pelbagai faktor setakat ini telah habis diisi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kekosongan berkenaan telah diberikan kepada kumpulan jemaah haji bagi tahun 2020 dan 2021.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan Arab Saudi berhubung rayuan untuk diberikan kuota tambahan sebanyak 5,000 jemaah bagi musim haji 2022.

“Setakat ini untuk terdapat kekosongan lebih kurang 1,000 dimana jemaah yang sepatutnya telah membuat penolakan atas pelbagai sebab seperti faktor kesihatan, dan tempat berkenaan telahpun diisi.

“Berhubung permohonan tambahan kuota yang dibuat, kita masih lagi menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi, jika diterima kuota itu akan diisi oleh jemaah yang namanya disenaraikan pada tahun 2020 dan 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Pra Pelancaran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor, di sini hari ini.

Penerbangan pertama jemaah haji negara ini dijangka akan berlepas pada 4 Jun depan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI