fbpx

Koperasi disaran bantu agenda sekuriti makanan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Koperasi Sekolah Terbaik kepada Koperasi Imtiaz Kuala Terengganu pada sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Terengganu di Teluk Ketapang, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Koperasi tempatan disyorkan agar lebih proaktif membantu kerajaan memastikan kelestarian sekuriti makanan rakyat yang menjadi agenda penting pada masa ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, koperasi boleh memainkan peranan lebih signifikan dalam bidang pemborongan dan peruncitan agar rantaian bekalan tidak terus lagi dimonopoli orang tengah.

“Sejak akhir-akhir ini terdapat isu harga barangan keperluan semakin naik, yang sebahagiannya disebabkan manipulasi orang tengah.

“Koperasi boleh membantu mengawal kenaikan harga barangan dengan (mengambil langkah) mendominasi rantaian bekalan,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara peringkat Terengganu di Teluk Ketapang di sini hari ini.

Teks ucapan Ahmad Samsuri dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Yahaya Ali.

Ahmad Samsuri berkata, peranan koperasi dalam menguasai rantai bekalan membolehkan kos pengeluaran barang keperluan tempatan dikawal pada semua peringkat.

Jelas beliau, kawalan kos pengeluaran itu mendorong penetapan harga barangan keperluan pada kadar berpatutan sekali gus mengawal kenaikannya secara mendadak seperti berlaku pada masa ini.

“Saya percaya dengan perancangan rapi, manipulasi orang tengah dapat diatasi, pengguna pula mendapat harga berpatutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI