fbpx

Kanak-kanak kejar lori sampah menginsafkan Aliff Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF AZIZ

PETALING JAYA – “Rasa insaf dan bersyukur dengan apa yang ada.”

Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz melihat kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan sampah di Sandakan, Sabah.

Berada di sana sepanjang tempoh penggambaran telefilem, Sekolah Sampah, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, 31, memberitahu hatinya tersentuh setiap kali melihat masyarakat di perkampungan tersebut bergelumang dengan sampah mencari barang yang boleh digunakan semula.

“Itu pertama kali saya dengar dan berada di perkampungan tersebut. Memang sebak melihat kehidupan mereka dan terkejut bagaimana keadaan sebegitu masih wujud pada hari ini.

“Momen paling terkesan ialah apabila lori sampah tiba, mereka akan berlari-lari mengejar kemudian memunggah sampah-sarap untuk mencari sesuatu yang masih boleh digunakan,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Bekas juara Gegar Vaganza musim kelapan itu berkata demikian pada majlis sidang akhbar virtual telefilem Sekolah Sampah semalam.

Tambahnya yang terkenal menerusi lagu Sayang-Sayang itu, momen tersebut membuatkan hatinya terusik dan sekaligus berasa bersyukur dengan segala yang dimilikinya pada hari ini.

“Berada di sana membuatkan saya insaf kerana ada orang yang hidup susah begitu. Jika kita rasa susah, sebenarnya masih ada yang hidup mereka lebih sukar.

“Pengalaman tersebut buat saya rasa amat bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan pada hari ini.

Dalam pda itu, dia juga bwrharap pihak berwajib memberikan perhatian dan memyalurkan bantuan yang sepatutnya kepada masyarakat di perkampungan tersebut.

“Isu yang dipaparkan dalam drama ini adalah sesuatu yang sensitif dan benar-benar wujud tanpa kita sedar sebenarnya.

“Menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk membuatkan penonton dapat terima apa yang ingin diketengahkan.

“Semoga drama ini dapat membuka mata banyak pihak mengenai kesusahan kehidupan mereka,” ujarnya lagi

Sebagai info, telefilem Sekolah Sampah yang akan disiarkan di Astro Citra pada Sabtu ini pada pukul 9 malam mengisahkan masyarakat dan pendidikan di sebuah penempatan dikenali Kampung Sampah di Sandakan, Sabah.

Selain Aliff, Sekolah Sampah turut membariskan pelakon lain seperti Bella AstillahPasqueletta Joan, Rubisa Tiasin dan ramai lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI