fbpx

Cuaca cerah, tiada hujan di hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca yang baik pada pagi ini melibatkan kesemua negeri di Semenanjung.

Selain itu, bagi negeri Sabah dan Labuan, tiada laporan hujan dikeluarkan setakat pagi ini dan keadaan juga dilihat cerah di kebanyakan kawasan.

Tambah MetMalaysia, keadaan berbeza di beberapa kawasan sekitar negeri Sarawak yang menunjukkan hujan lebat serta ribut petir melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Matu dan Dalat) dan Kapit (Song).

“Ia dijangka berterusan sehingga pukul 10 pagi hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Semalam, Kosmo! melaporkan terdapat beberapa kawasan di Semenanjung dilanda banjir kilat akibat hujan lebat berterusan melebihi tempoh empat jam.

“Hujan lebat dan air pasang besar mengakibatkan lebih 100 rumah di sekitar Sekinchan dilanda banjir menjejaskan Kampung Penerangan dan pekan Sekinchan yang dinaiki air setinggi lebih 0.5 meter.

“Selain itu, beberapa kawasan di ibu negara turut dinaiki air ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak pagi semalam hingga ke lewat petang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI