fbpx

Budak hilang: Tiada penemuan anggota badan dalam perut buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya yang dipercayai telah membahan seorang kanak-kanak berjaya ditangkap. - Foto IHSAN SARAWAK VIRAL NEWS

KUCHING – Tiada sebarang penemuan anggota badan dijumpai di dalam perut seekor buaya selepas dijalankan operasi membelah perut buaya berkenaan di Kampung Nyabut, Telaga Air di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Yusri Basri berkata, pihaknya berjaya menjerat seekor buaya yang disyaki telah menelan seorang kanak-kanak, Mohammad Adami Moktar, 7, selepas dia dilaporkan hilang akibat dibaham buaya ketika mengambil air di sungai.

Jelasnya, seramai 45 anggota pasukan keselamatan ditugaskan dalam operasi post mortem (bedah siasat) ke atas buaya tersebut.

“Hari ini dah masuk hari kelima operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan bagi mengesan kanak-kanak tersebut dan buaya berkenaan dibawa ke jambatan nombor tiga Sungai Nyambut oleh pasukan Sarawak Forestry Corporation Kuching (SFC) untuk proses post mortem.

“Bagaimanapun, tiada penemuan anggota badan mangsa ditemui setelah proses post mortem dilakukan oleh pasukan SFC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI