fbpx

BHPetrol rai pemenang peraduan ‘Fuel-ing Ong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol bersama 30 pemenang peraduan Fuel-ing Ong.

PETALING JAYA – Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. yang mengoperasikan stesen minyak BHPetrol, hari ini meraikan pemenang peraduan ‘Fuel-ing Ong’ yang dijalankan bermula 15 Januari hingga 15 Mac lalu.

Difahamkan, sebanyak setengah juta penyertaan diterima sepanjang peraduan dilaksanakan pada awal tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BHPetrol, Azizul Azily Ahmad berkata, seramai 100 pemenang terpilih menerima ganjaran dalam bentuk jongkong emas seberat 10 gram dan 20 gram.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berterima kasih terhadap pelanggan yang menyertai peraduan ini.

“Ini merupakan salah satu aktiviti pemasaran bagi menarik minat serta meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung perkhidmatan 400 BHPetrol di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Peraduan Fuel-ing Ong di Hotel Royale Chulan, Damansara di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Azizul menyampaikan hadiah berupa jongkong emas kepada 30 pemenang peraduan yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Terdahulu, BHPetrol mengadakan peraduan ‘Fuel-ing Ong’ sempena perayaan Tahun Baru Cina yang mana pelanggan perlu mengisi minyak atau membuat pembelian di BHPetromart minimum RM30 bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI