fbpx

Anak minta ibu kebumikan bapa tidur mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang kanak-kanak cuba membangunkan bapanya daripada tidur mati namun gagal. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang meminta ibunya mengebumikan bapanya yang tidur mati sehingga sukar dibangunkan, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia.

Rakaman memaparkan seorang kanak-kanak sedang melihat bapanya yang tidur lena di atas sofa di rumahnya.

Dia cuba mengejutkan bapanya, namun tidak berjaya lalu mengadu kepada ibunya. Kerana gagal mengejutkan bapanya, kanak-kanak lelaki itu meminta ibunya mengebumikan bapanya.

Berdasarkan kenyataan pada video berkenaan, lelaki tersebut dikatakan sukar bangun tidur kerana mabuk.

Wanita yang merakamkan video itu kedengaran tertawa dan bersetuju dengan permintaan anaknya.

Muat naik berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau ayah kamu mabuk, lebih baik kamu kebumikan sahaja, tidak menjadi masalah. Nanti ibu boleh cari lain,” tulis seorang netizen.

“Ya kak, lebih baik tanam sahaja, Malu kalau ada ayah yang suka mabuk. Di kubur nanti pak cik datang ziarah dengan bawa wang lima ribu rupiah (RM1.50),” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI