BEBERAPA hari lalu, kecoh dalam media sosial khususnya Twitter membahaskan isu beberapa penyanyi wanita yang wajahnya terpampang pada papan iklan gergasi di Times Square, New York.
Sebagai rakyat Malaysia, memang Mizz Lahar rasa bangga melihat wajah-wajah anak tempatan di situ.
Namun, dalam ribuan menyukainya, pasti terselit segelintir individu yang mempersoalkan hal tersebut.
Ada yang mempertikaikan mengapa terdapat wajah penyanyi muda yang tidak pernah membawa nama Malaysia ke mata dunia tetapi diangkat dengan cara sebegitu.
Malah, ada juga golongan anak seni yang turut ‘berdebat’ dan saling memerli antara satu sama lain mengenai hal tersebut.
Sejujurnya, memanglah ada rasa pelik mengapa ada nama yang tidak dikenali di situ tetapi apa kata kita ambil positif dan terus menyokong antara satu sama lain berbanding mengungkit jasa atau hasil kerjanya.
Jadilah industri yang saling sokong-menyokong, bukannya menjatuhkan. Jika pemikiran begitu, sampai bila industri seni tanah air hendak berkembang maju, kan?
MIZZ LAHAR: Ada juga yang cakap, syarikat rakaman mereka yang membayar untuk wajah artis mereka berada di situ.