fbpx

Ziana Zain tak serik kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ziana tidak menolak untuk kembali bergelar isteri jika sudah tiba jodoh dan masanya nanti.

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Ziana Zain mengakui langsung tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali bergelar isteri jika sudah tiba masa dan jodohnya nanti.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain berkata, pun begitu, buat masa ini dia lebih selesa memberikan fokus kepada kerjaya seni dan menguruskan anak-anaknya berbanding memikirkan soal pengganti.

“Nak kata tutup hati ke tidak, saya tak berani nak kata. Sebab apa, sebab kita tak tahu di masa depan nanti macam mana.

“Buat masa ini biarlah saya fokus kepada keempat-empat anak soal kerja seni. Selebihnya, saya mohon moga Allah berikan yang terbaik nanti,” katanya.

Ziana, 54, ditemui usai sidang akhbar Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 di ibu kota baru-baru ini.

Terdahulu, tidak sampai tiga hari dibuka untuk jualan, kesemua tiket konsert yang dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos depan habis terjual.

Untuk rekod, pelantun lagu hit Kemelut Di Muara Kasih itu mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18 dan pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI