fbpx

Wanita kudung tempa rekod dunia panjat dinding sebelah tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anoushe memecah rekod tersebut pada 5 April baru-baru ini. - Guinness World Records

LONDON – Seorang wanita yang dilahirkan dengan keadaan tangan kanan kudung berjaya memecah Guinness World Records apabila memanjat dinding pada jarak menegak 374.85 meter (m) dengan hanya menggunakan sebelah lengan, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Anoushe Husain, yang membesar di Luxembourg dan kini menetap di London memecah rekod rekod tersebut di The Castle Climbing Centre.

Menurutnya, bahagian paling sukar ketika latihan untuk memecah rekod itu adalah di mana dia perlu belajar untuk memberi fokus bagi menggunakan bahagian tangan bukan dominan, iaitu sebelah kiri.

“Lengan kanan saya yang kecil ini sebenarnya merupakan bahagian dominan saya apabila memanjat dinding.

“Jadi, saya perlu belajar untuk memanjat menggunakan hanya tangan kiri, bagaimana untuk menyesuaikan semula keseimbangan, menghasilkan tenaga dan untuk menggunakan bahagian yang paling lemah (lengan kiri),” katanya.

Tambah pengasas bersama kumpulan Paraclimbing London itu, dia mula melibatkan diri dalam sukan tersebut kira-kira 10 tahun lalu selepas sembuh daripada penyakit kanser dan untuk menangani kesakitan kronik akibat sindrom Ehlers-Danlos.

“Saya ialah manusia normal apabila memanjat dinding. Saya hanya seorang pendaki. 

“Buat pertama kali dalam satu tempoh yang lama, saya berasa menjadi seorang manusia biasa berbanding dikenali sebagai orang kelainan upaya (OKU) yang bergelut dengan identiti sendiri,” ujarnya.

Anoushe menempa rekod bagi kategori memanjat dinding menggunakan satu lengan dalam masa sejam (wanita) dengan jarak menegak paling jauh iaitu 374.85 m. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI