fbpx

Ustazah tempelak kenyataan artis isu tudung ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustazah Asmak menegur tindakan dan kenyataan Ifa Raziah baru-baru ini yang menimbulkan sensasi kepada umum

PETALING JAYA – “Ramai yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji, saya belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali.”

Demikian sebuah kenyataan dikeluarkan seorang selebriti sensasi, Ifa Raziah apabila dirinya ditegur kerana masih tidak menutup aurat sedangkan telah beberapa kali dijemput sebagai tetamu Allah di Mekah.

Kata-katanya itu telah mendapat perhatian ramai temasuklah pendakwah bebas, Ustazah Asmak Husin yang menegur mengenai percakapannya itu kerana dianggap tidak sopan.

“Pandangan saya, menutup aurat itu wajib, tak kisah dijemput ke Mekah atau pun tidak.

“Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Mekah,” komenya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Tambah Asmak, menjadi tetamu di Mekah adalah bagi mendapatkan haji atau umrah yang mabrur dan bukanlah untuk dibanggakan.

“Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat.

“Hati-hati dengan istidraj. Istidraj ini apabila seorang yang tidak mengerjakan suruhan Allah, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada Allah, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan sebagai hamba untuk sentiasa berusaha mengikuti segala suruhan Allah.

“Kerana kita belum tentu dapat ke Mekah namun yang pasti kita semua akan ke liang lahad. Hijab bukan melambangkan tinggi iman tetapi itu simbol ketaatan hamba kepada tuhannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI