fbpx

Raducanu bangkit lepasi halangan pusingan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU berjaya meneruskan kemaraan pada saingan Terbuka Perancis kali ini selepas menundukkan Noskova awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu memulakan kempen kejohanan bertaraf Grand Slam, Terbuka Perancis dengan langkah kanan selepas bangkit untuk menewaskan pemain muda Republik Czech, Linda Noskova awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Raducanu yang diletakkan selaku pilihan ke-12 kejohanan terpaksa mempamerkan kebangkitan tersendiri sebelum merekodkan kemenangan 6-7, 7-5, 6-1 dalam tempoh lebih dua jam.

Kata Raducanu, kemena­ngan yang diraih kali ini cukup sukar kerana cabaran diberikan oleh pemain berusia 18 tahun itu sangat luar biasa apabila mendominasi saingan khususnya pada set pertama.

“Ini adalah perlawanan yang sengit di atas gelanggang de­ngan Noskova tidak memberi laluan mudah untuk saya dan hampir membuatkan saya sukar untuk bernafas terutama pada set pertama dan kedua.

“Pujian juga wajar diberikan kepada Noskova yang mempamerkan prestasi hebat meskipun berstatus pemain dari pusingan kelayakan se­perti saya lalui pada Terbuka AS yang lepas.

“Apa yang pasti, saya tidak mahu meletakkan tekanan yang tinggi untuk mara lebih jauh pada kejohanan ini dan mahu fokus satu perlawanan ke satu perlawanan memandang­kan tahap prestasi saya juga belum konsisten,” katanya.

Atlet berdarah kacukan China-Kanada itu dijadualkan bertemu dengan pemain Belarus, Aliaksandra Sasnovich pada pusingan kedua nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI