fbpx

Polis nafi KL Sentral banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular yang mendakwa kawasan di sekitar KL Sentral banjir hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan satu klip video yang tular di media sosial mendakwa kejadian banjir di kawasan Brickfields di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, video yang ditularkan tersebut adalah kejadian banjir yang berlaku pada 25 April lalu.

“Dalam video tersebut turut menyatakan ‘KL Sentral Banjir 25 Mei 2022’.

“Pada hari ini, 25 Mei 2022 keadaan di Stesen Sentral, Kuala Lumpur serta jalan raya di sekitar kawasan tersebut adalah baik dan selamat digunakan, ” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Justeru, katanya, polis menasihati orang awam untuk tidak berkongsi sebarang maklumat mahupun video yang tidak diketahui tahap kesahihannya – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI