fbpx

Pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZIKAL Puteri Gunung Ledang diilhamkan oleh pengasas Enfiniti Sdn. Bhd, Puan Sri Tiara Jacquelina dan sepatutnya berlangsung pada 2020.

PETALING JAYA – Syarikat produksi Enfiniti (M) Sdn Bhd mengumumkan pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) yang tertangguh hampir tiga tahun lalu terpaksa dibatalkan.

Enfiniti dalam kenyataan di akaun Instagram rasmi meminta maaf atas keputusan yang terpaksa dibuat selepas meneliti segala pilihan sehingga perlu membatalkan pementasan tersebut.

“Kepada peminat dan penyokong PGL yang kami hargai, selepas meneliti kesemua pilihan yang ada, kami dengan berat hati memaklumkan bahawa PGL yang sudah lama dirancang terpaksa dibatalkan.

“Pada kesempatan ini, kami merendah diri memohon maaf atas segala kesulitan dan kekecewaan yang tercetus disebabkan pembatalan ini,” kata pihak berkenaan dalam kenyataan itu.

Menerusi hebahan sama, Enfiniti memaklumkan urusan pemulangan semula wang tiket kepada pembeli yang sudah membuat tempatan tempat duduk sedang diuruskan secara berperingkat bermula Julai hingga Disember ini.

“Dalam jangka masa 14 hari, anda akan menerima emel daripada kami berhubung butiran dan tindakan lanjut mengenai pemulangan bayaran secara online.

“Bayaran pemulangan akan dilakukan secara sistematik bersama agensi tiket, justeru, kami mohon anda untuk bersabar sepanjang proses ini berlangsung.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemegang tiket PGL atas kesabaran dan pertimbangan anda pada waktu yang tidak terduga ini.

“Kami berharap agar anda akan terus menyokong industri seni persembahan,” tulis pihak berkenaan lagi.

Terdahulu, pementasan berskala mega cetusan ilham pengasasnya, Puan Sri Tiara Jacquelina itu dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 2020, namun serangan Covid-19 yang melanda dunia mengakibatkannya ditunda.

Sebelum itu pengumuman mengenai produksi yang bakal menampilkan beberapa muka baharu untuk menggalas watak utama menggantikan pelakon asalnya Tiara Jacquelina dan Stephen Rahman-Hughes mengundang keterujaan ramai.

Pementasan ini diangkat daripada filem epik Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin dan tulisan Allahyarham Mamat Khalid pada 2004 yang juga filem berbajet besar mencecah RM20 juta.

Sementara, versi muzikal pula dipentaskan buat pertama kali di Istana Budaya pada Februari 2006.

Enfiniti juga turut menerbitkan pementasan lain termasuk P. Ramlee The Musical, The Secret Life of Nora serta Ola Bola The Musical. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI