fbpx

Pekerja kedai cuci kenderaan berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuvaraja ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini

SHAH ALAM – Seorang pekerja kedai cuci kenderaan berdepan hukuman tali gantung selepas didakwa di Mahkamah Tinggi hari ini atas tuduhan mengedar syabu seberat 707.2 gram (g), tahun lalu.

Tertuduh, R. Yuvaraja Ramakisim, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Mengikut pertuduhan, Yuvaraja didakwa mengedar methamphetamine seberat 707.2g di kawasan lobi kaunter pertanyaan sebuah hotel di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pukul 4.40 petang, 20 Ogos tahun lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zatil Hidayah Ali manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Amirul Jamaluddin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 29 Jun ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI