fbpx

Jurutera berhenti kerja, jadi pekebun pisang dan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Shafiq bersama bapanya, Md. Gharip di kebun pisang tanduk yang diusahakan mereka di Kampung Punggai, Kota Tinggi kelmarin.

KOTA TINGGI – Keputusan seorang pemuda yang sanggup meninggalkan kerjaya sebagai jurutera di ibu kota dan pulang berbakti kepada tanah di kampung ternyata berbaloi.

Muhamad Shafiq Md. Gharip, 31, berkata, keputusan meninggalkan kerjayanya itu juga diambil bertujuan menjaga orang tuanya di kampung Felda Semenchu di sini.

Katanya, meskipun mampu meraih pendapatan sehingga lima angka, dia tidak menyesal dengan keputusan itu kerana kini gembira mengusahakan tanaman pisang tanduk.

“Kebun seluas 0.8 hektar ini saya tanam dengan 2,600 pokok pisang tanduk. Bermodalkan duit simpanan RM10,000, saya laburkan untuk beli anak benih pisang dan lain-lain ke­perluan kebun.

“Saya juga tanam 80 pokok durian duri hitam dan musang king. Semuanya saya usahakan bersama ayah dari awal sehinggalah kini pokok pisang kami sudah mengeluarkan hasil dan sudah boleh dijual,” katanya di kebunnya di Kampung Punggai di sini kelmarin.

Dia yang juga Ketua Peladang Muda Kampung Baru Wawasan berkata, selain menjual pisang ke pasaran sedia ada, pisang tanduk diusahakan juga dijadikan produk kerepek pisang yang diproses di rumah keluarganya.

Katanya, kerepek pisang dihasilkan juga berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan yang datang dari pelbagai kawasan.

“Hasil yang dicapai hari ini membangkitkan semangat saya lagi untuk memperluaskan lagi tanaman sedia ada. Saya juga merancang untuk menanam lebih banyak pokok durian dan mahu menjadikan ia sebagai produk agrotourism di daaerah ini.

“Kebun pisang kami juga dalam proses untuk mendapatkan kelulusan sijil amalan pertanian baik Malaysia (myGAP) daripada Jabatan Pertanian,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI