fbpx

Jalan di Kuala Lumpur naik air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di ibu negara dinaiki air ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak pagi tadi.

Menerusi satu hantaran di Facebook Polis Kuala Lumpur berkata, setakat pukul 12.20 tengah hari, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jln Ipoh dan Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail kini dinaiki air namun boleh dilalui kenderaan.

“Selain itu, lokasi lain turut dinaiki air di Jalan Ipoh/Jalan Rahmat, Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Kampar off Jalan Sentul, Bulatan Dato, Kampung Periuk, Jalan Duta Mas, Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi.

“Beberapa anggota telah digegaskan ke beberapa lokasi bagi membuat pemantauan,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Facebook Polis Kuala Lumpur turut memaklumkan beberapa kawasan tidak dinaiki air dan boleh dilalui kenderaan lain.

“Antaranya ialah di Jalan Ampang sepanjang Jalan Ampang; Jalan Kuching di Bulatan Dato Onn; Jalan Raja di Dataran Merdeka; Jalan Brunei/Jalan Pudu di sepanjang laluan tidak dinaiki air dan masih boleh dilalui kenderaan awam.

“Selain itu, lokasi lain turut tidak dinaiki air dan masih selamat dilalui di sepanjang Jalan Changkat Thambi Dollah; serta Jalan Maharajalela di sepanjang laluan Bulatan Merdeka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI