fbpx

Elon Musk, Bill Gates sahkan hadir ke persidangan G20 Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Joko Widodo ketika melawat kemudahan SpaceX di Boca Chica, Texas baru-baru ini. – Arsip Laily Rachev/Biro Sekretariat Akhbar Presiden

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk dan pengasas Microsoft, Bill Gates mengesahkan kehadiran mereka ke acara persidangan negara-negara Kumpulan 20 (G20) yang bakal diadakan di Pulau Bali pada November ini, lapor laman berita Kompas semalam.

Pengerusi G20 Indonesia, Shinta Widjaja Kamdani berkata, kedua-dua tokoh perniagaan terkenal dunia itu ialah antara yang akan hadir ke acara tersebut untuk bertemu dengan ahli-ahli perniagaan dari 40 buah negara.

“Saya ingin mengumumkan nama-nama antara tokoh yang akan bekerjasama dengan acara G20.

“Terbaharu ialah Elon Musk telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami untuk acara tersebut. Selain itu, Bill Gates juga mengesahkan akan hadir ke persidangan itu,” ujarnya.

Tambah Shinta, persidangan G20 akan menjemput ramai tokoh perniagaan terkemuka meskipun dunia kini sedang berdepan dengan pelbagai krisis termasuk ketidakstabilan geopolitik.

“Kami ingin membawa sebanyak mungkin pemimpin global. Walau apa pun konflik yang terjadi, bidang perniagaan akan tetap berjalan seperti biasa.

“Tokoh-tokoh ini telah menyatakan komitmen untuk datang ke Pulau Bali pada November depan,” jelasnya.

Persidangan G20 di Bali bakal mengumpulkan ahli-ahli perniagaan dari kira-kira 40 buah negara dan 15 industri.

Setakat ini, lebih 2,000 peserta telah mengesahkan kehadiran ke acara itu.

Sejajar dengan Kumpulan 20 atau G20, persidangan G20 turut mengetengahkan tiga isu utama iaitu kesihatan global, transformasi digital dan peralihan tenaga hijau. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI