fbpx

Dah puas pandu, Aeril Zafrel nak jual Lamborghini Aventador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AERIL bersama kereta mewah jenis Lamborghini Aventador yang dihadiahkan isterinya pada bulan lalu.

PETALING JAYA – Sebulan selepas dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini Aventador oleh isterinya, Wawa Zainal, pelakon Aeril Zafrel bercadang untuk menjual kenderaan tersebut.

Alasannya, kerana dia sudah merasai ‘feel’ memandu kereta tersebut.

Ujar Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari, 34, dia tidak bercadang untuk menggunakan kereta mewah bernilai RM2.27 juta itu dalam tempoh yang panjang dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada Wawa.

“Sebelum Lamborghini, saya sudah ada kereta Mustang juga berwarna kuning. Tapi cuma bertahan (digunakan) selama setahun dan akhirnya berada di rumah sebelum saya nekad menjualnya kepada kawan.

“Kemudian Wawa hadiahkan pula kereta ini (Lamborghini Aventador). Selepas memandunya beberapa kali, kemungkinan kereta ini juga tidak lama saya gunakan (akan dijual),” katanya.

Ujar pelakon yang diberi jolokon ‘CEO TikTok’ itu, isterinya tidak berkecil hati atau marah jika dia menjual kereta tersebut kerana faham dirinya sekadar mahu cuba memandu kereta yang diidamkan.

“Dia (Wawa) sangat faham saya. Sewaktu dia belikan Mustang pun sama juga kisahnya. Saya sekadar mahu cuba dan rasai pengalaman memandu kereta tersebut. Saya sejenis pakai (pandu) untuk rasa sekejap.

“Saya bukan beli kereta mewah untuk menunjuk-nunjuk. Saya pun jarang muat naik gambar atau video dalam Instagram,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem KL Vampires itu menggigil selepas menerima kejutan istimewa daripada Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin iaitu sebuah kereta Lamborghini Aventador bernilai RM2.27 juta pada April lalu sebagai hadiah (reward) selepas enam tahun menjalankan perniagaan.

Wawa dalam satu kenyatannya berkata, hadiah yang diberikannya itu tidak dapat dibandingkan dengan pengorbanan Aeril sebagai suami dan bapa kepada empat anak mereka selama ini.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 31 January 2015.

Pasangan tersebut dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, Aya Soffya dan Muhammad Fahri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI