fbpx

Carvalho sah jadi milik Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CARVALHO

LONDON – Liverpool tidak mahu membuang masa apabila memulakan misi untuk memperkuatkan pasukan itu bagi saingan musim depan selepas melengkapkan perpindahan pe­main Fulham, Fabio Carvalho dengan nilai £7.7 juta (RM42.48 juta).

Carvalho yang merupakan pemain skuad bawah 21 tahun Portugal akan sah menjadi pemain Liverpool bermula 1 Julai nanti selepas membantu Fulham layak beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bermula musim depan.

Biarpun baharu berusia 19 tahun, dia memiliki pengalaman beraksi di peringkat yang tinggi menyebabkan Liverpool difahamkan tidak akan menawarkannya untuk keluar sebagai status pemain pinjaman dan bakal berada dalam peranca­ngan Jurgen Klopp.

Liverpool mula memantau perkembangan Carvalho sejak Januari lalu dan cuba mendapat­kannya pada jen­dela perpinda­han musim sejuk, tetapi Ful­­ham enggan me­­lepaskannya kerana berada dalam misi untuk memenangi Liga Kejuaraan musim ini.

Fulham dan Liverpool mem­punyai hubungan perniagaan yang baik apabila terbabit dalam urusan perpindahan beberapa pemain termasuk Harvey Elliot ke Anfield pada Julai 2019, manakala Harry Wilson dilepaskan ke Craven Cottage musim panas lalu.

Liverpool akan membayar sebanyak £5 juta (RM27.58 juta) sebelum baki­nya, £2.7 juta (RM14.89 juta) akan dibayar sekiranya berberapa lagi terma dalam perjanjian berkenaan berjaya dicapai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI