fbpx

18 pelajar, seorang guru maut dalam insiden tembakan sekolah di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS mengawal Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde, Texas susulan kejadian tembakan semalam. - AFP

UVALDE, TEXAS – Satu kejadian tembakan berlaku di sebuah sekolah rendah di negeri Texas, Amerika Syarikat yang mengakibatkan kira-kira 18 pelajar dan tiga orang dewasa termasuk seorang guru maut, lapor United Press International (UPI) semalam.

Pegawai Jabatan Keselamatan Awam Texas, Sarjan Erick Estrada mengesahkan angka kematian kepada stesen penyiaran CNN.

Tembakan berlaku di Sekolah Rendah Robb di bandar Uvalde yang menempatkan pelajar gred dua hingga empat.

Bercakap pada sidang akhbar sejurus selepas kejadian, Gabenor Texas, Greg Abbott memaklumkan bahawa suspek merupakan seorang penduduk Uvalde bernama Salvador Ramos. 

Beliau berkata, remaja berusia 18 tahun itu telah dibunuh oleh anggota polis, di mana dua daripada mereka turut mengalami kecederaan ringan.

Jelas Abbott, Ramos bertindak memasuki sekolah tersebut dengan membawa senjata api yang disyaki jenis rifle sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan).

Ketua Polis Daerah Sekolah Bebas Konsolidasi Uvalde (UCISD), Pete Arredondo berkata, penyiasat-penyiasat mengesyaki bahawa suspek tidak bersendirian. 

Susulan kejadian, UCISD mengenakan perintah berkurung ke atas semua kampusnya sebagai tindak balas kepada insiden berkenaan.

Pelajar-pelajar lain dari sekolah terlibat kemudian dibawa ke Pusat Sivik Willie DeLeon untuk dihantar kepada penjaga masing-masing. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI