fbpx

100 rumah di Sekinchan dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekan Sekinchan dilanda banjir kilat, hari ini.

SABAK BERNAM – Hujan lebat dan air pasang besar mengakibatkan lebih 100 rumah di sekitar Sekinchan di sini dilanda banjir hari ini.

Kawasan itu antaranya melibatkan Kampung Penerangan dan pekan Sekinchan yang dinaiki air setinggi lebih 0.5 meter.

Selain kediaman penduduk, beberapa jalan utama turut banjir namun keadaan terkawal dan tiada pemindahan dilakukan setakat ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan mengenai banjir kilat pada pukul 1.45 petang tadi.

“Pemeriksaan mendapati beberapa kawasan termasuk pekan Sekinchan dinaiki air dan dianggarkan melibatkan lebih 100 rumah.

“Namun, keadaan terkawal dan tiada pemindahan mangsa setakat petang ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Jelas Norazam, banjir kilat itu berlaku akibat pertembungan air pasang besar dan hujan lebat.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir lebih teruk di kawasan berkenaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI