fbpx

Vietnam unggul kuasai ‘ibu emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIETNAM berjaya muncul juara dalam acara bola sepak pada temasya Sukan SEA Vietnam 2021 selepas menewaskan Thailand kelmarin. – VNA

HANOI – Vietnam terus membuktikan status sebagai pasukan paling digeruni di rantau Asia Tenggara selepas menewaskan Thailand 1-0 untuk memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA Vietnam 2021.

Skuad Golden Star Warriors itu harus berterima kasih kepada Namh Manh Dung yang muncul wira selepas meledak gol kemenangan pada minit ke-83 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional My Dinh kelmarin.

Kemenangan itu memboleh­kan Vietnam mempertahankan ‘ibu emas’ Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut selepas memenanginya pada edisi 2019 di Manila, Filipina.

Ia juga menyaksikan Ketua Juru­latih Vietnam, Park Hang-seo berjaya membalas dendam ter­hadap pengendali Thailand, Ale­xander Polking ekoran kekalahannya sewaktu aksi separuh akhir Piala AFF awal tahun ini.

“Rakyat Vietnam sangat me­minati sukan bola sepak. Kejayaan ini amat bermakna buat kami terutama apabila Vietnam adalah penganjur Sukan SEA,” kata salah seorang penyokong Viet­nam, Nguyen Duc Huy.

Kejayaan itu turut diiringi dengan kecemerlangan skuad wanita Vietnam yang turut berjaya memenangi pingat emas selepas menewaskan Thailand 1-0 menerusi gol tunggal Huynh Nur di Stadium Cam Pha, Quang Ninh pada Sabtu lalu.

Ia adalah pingat emas ketujuh Vietnam dalam acara bola sepak wanita sejak kali pertama memenanginya pada edisi 2001 di Kuala Lumpur.

Ia sekali gus melengkapkan kejayaan gemilang kontinjen Viet­nam yang menutup tirai edisi­ ke-31 Sukan SEA kali ini dengan memungut keseluruhan 205 pingat­ emas, 125 perak dan 116 gangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI