fbpx

Mohamed Haniff gagal dapat penghakiman terus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla

KUALA LUMPUR – Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla gagal untuk mendapatkan penghakiman terus berhubung tuntutan yuran guaman sebanyak RM12.5 juta daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir turut memerintahkan peguam terbabit untuk membayar kos sebanyak RM3,000.

Berikutan itu kes tersebut kemudiannya ditetapkan untuk perbicaraan penuh pada 18 hingga 22 Mac 2024.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan dan afidavit tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili parti itu ketika dihubungi selepas prosiding yang dijalankan secara dalam talian turut memberitahu mahkamah menetapkan 18 Januari 2024 untuk pengurusan kes itu.

Sementara itu, Mohamed Haniff ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI