fbpx

Tunku Ismail cabar Presiden KFA dedah bukti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor agar membuat pendedahan secara terperinci dakwaan yang dilakukan mengenai individu tertentu ‘mengawal’ Liga Malaysia.

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu membuat kenyataan mendesak Sanusi menerusi ciapannya di Twitter miliknya semalam.

Tunku Mahkota Johor itu turut mendesak Presiden KFA itu menceritakan segala-galanya serta mendedahkan identiti individu yang dimaksudkan.

“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh.

“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Sikap tipikal ahli politik,” katanya menerusi ciapannya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi tampil membuat kenyataan ‘panas’ mendakwa terdapat individu yang mahu pihak tertentu mengikut telunjuknya.

Malah katanya, individu terlebih dahsyat apabila sanggup memberi bonus kepada mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan Kedah dalam saingan Liga Malaysia.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dahulu.

“Lepas itu dia pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, ja­ngan bagi saya cerita semuanya,” katanya.

Muhammad Sanusi telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa sukan bola sepak untuk semua dan bukannya individu tertentu sehinggakan ada yang perlu menyembah ‘tokong’.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah mendakwa semua mata tertumpu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan terdapat beberapa kejadian yang didakwa sangat pelik pernah berlaku dalam arena bola sepak tanah air.

Pergeseran antara Muhammad Sanusi dan Tunku Ismail di­lihat menjadi punca Johor Darul Ta’zim (JDT) memanggil semula Syafiq Ahmad untuk kembali ke pangkuan pasukan dari Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ini kerana tempoh pinjaman Syafiq kepada Sang Kenari belum genap setahun seperti yang dipersetujui sebelum ini dan dia baru beraksi dalam sembilan perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI