fbpx

Tidak cukup syarat punca lewat terima subsidi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald Kiandee bersama sebahagian 12 pemain industri dan Persatuan selepas sesi libat urus di Wisma Tani, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mendedahkan sebanyak RM50 juta subsidi telah dibayar di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu.

MAFI dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta.

Katanya, subsidi itu untuk meringankan beban kos pengeluar ayam yang kian meningkat, bagaimanapun, hanya RM50 juta subsidi telah dibayar setakat ini.

“Semua penternak yang memenuhi syarat diminta untuk kemukakan permohonan supaya tuntutan dapat disalurkan dalam tempoh yang telah dijanjikan.

“Bagi memastikan perkara ini dapat diperhalusi, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee mengadakan sesi libat urus bersama 12 pemain industri dan persatuan di pejabatnya di Putrajaya, semalam,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebanyak 12 pemain industri dan persatuan penternak memberi jaminan komitmen dan jaminan bahawa ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI