fbpx

Tiada kes cacar monyet dilaporkan – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar didakwa memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia mengalami penyakit cacar monyet yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang ditularkan di media sosial.

KKM dalam satu kenyataan media berkata, bagaimanapun jika maklumat yang tular itu benar, kanak-kanak tersebut perlu menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera,” kata kenyataan itu hari ini.

KKM berkata, orang ramai bagaimanapun dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya.

“Sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” kata KKM.

Terdahulu, sekeping gambar didakwa memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia mengalami penyakit cacar monyet tular di media sosial sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI