fbpx

Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung yang terbakar malam tadi. Foto ihsan JBPM

SEBERANG PERAI – Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini dilaporkan terbakar sekali lagi malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 10.23 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba ke lokasi kejadian mendapati berlakunya kebakaran sampah yang keluasannya dianggarkan kira-kira 3,716 meter persegi.

“Tindakan awal anggota membuat pemadaman dan pengawalan dengan membuat ‘fire break’ menggunakan bantuan jengkaut bagi mengelakkan kemerebakan yang lebih luas.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, manakala usaha pengawalan dan pemadaman kebakaran masih dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan kawasan seluas kira-kira 11.3 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah berkenaan terbabit kebakaran pada Januari lalu.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 400 penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu terpaksa dipindahkan bagi memastikan keselamatan nyawa mereka selain 10 buah sekolah turut ditutup tiga hari.

Api berjaya dipadamkan dalam tempoh kira-kira 20 hari kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI