fbpx

Sedekah duit raya biar ikhlas, bukan sekadar ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar antara video yang ditularkan di media sosial pemberian duit raya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seakan musim, ramai yang berebut menunjuk ‘kebaikan’ mereka dalam media sosial ketika sambutan hari raya baru-baru ini.

Seperti sudah hilang keikhlasan masing-masing, ramai telah mendedahkan pemberian duit raya kepada keluarga yang kononnya pemberian ikhlas.

Ada antara pengguna media sosial ini datangnya daripada pengasas produk kecantikan timbang kilo yang hanya membuat ‘content’ mereka.

Dengan berbekalkan duit ribuan ringgit, diisi pula di dalam sampul duit raya dan merakam aksi pemberian ‘ikhlas dari hati’ duit raya itu.

Rata-rata orang ramai juga tidak bersetuju dengan cara promosi diri sendiri itu, ramai yang menyatakan itu semua bagi menunjukkan kejayaan masing-masing dalam perniagaan.

“Mana keikhlasan kita dalam bersedekah, kalau boleh benda ini kita tak nak orang luar tahu pun kalau kita bersedekah.

” Sekarang ni dah macam trend pula, masing-masing nak tunjuk duit berkepuk-kepuk, berjaya dalam perniagaan, tolonglah, ” ujar Zura Fezura.

“Risau generasi kita masa depan nanti, kalau benda ni dah jadi trend. Anak cucu kita mesti ingat benda ini wajib.

” Rasanya hilang dah keikhlasan serta pahala yang sepatutnya kita dapat kalau nak menunjuk-nunjuk macam ni, ” jelas Farah Nadia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI