PETALING JAYA – Ramai golongan wanita terutamanya yang sudah bergelar isteri risau tentang satu ‘post’ cari jodoh seorang gadis cantik di media sosial baru-baru ini.
Hantaran yang dilakukan di salah satu laman Twitter itu menunjukkan seorang wanita yang menggunakan akaun bernama Faye cuba untuk mencarikan jodoh kepada teman baiknya.
Menurut hantaran tersebut, rakannya itu sudah bersedia untuk menjadi isteri dan jika diizinkan Allah mahu mendirikan rumah tangga tahun ini.
Dalam perkongsian itu turut disertakan ‘link’ borang buat mereka yang berminat untuk mencuba nasib sebagai bakal suami rakannya itu.
Paling menarik adalah apabila, ramai para isteri yang meninggalkan komen bimbang jika para suami mereka kononnya mahu mencuba nasib.
“Saya saja baca komen, risau juga suami singgah komen dekat sini,” ujar Noor Shamira.
“Banyak juga komen dan like, tengah mencari juga ni kalau-kalau suami akak tengah cuba nasib, sebab tengok sekarang ni asyik bersenam saja.
“Risau juga kan, tambah-tambah siap ada form yang nak diisi, katanya dah 2,000 orang mohon,” jelas Aziana Razali.
Difahamkan, gadis yang bernama Syafiqah telah mengesahkan dia sememangnya sedang mencari jodoh, lebih mengejutkan dia turut menerima 2,000 permohonan daripada lelaki yang cuba nasib untuk menjadi bakal suaminya. – KOSMO! ONLINE