fbpx

Polis cedera dirempuh motosikal cuba lolos sekatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis cedera selepas dirempuh sebuah motosikal semasa menjalankan ‘snap check’ di atas Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal cedera selepas dirempuh sebuah motosikal semasa membuat pemeriksaan ‘snap check’ di atas Jambatan Sultan Yahya Petra di sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang semasa penunggang motosikal jenis Yamaha 150ZR berusia 22 tahun itu cuba untuk melarikan diri daripada pemeriksaan yang dijalankan mangsa bersama enam lagi anggota trafik.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kejadian berlaku ketika anggota terbabit menahan penunggang motosikal itu namun, suspek cuba melarikan diri dengan melalui celah-celah anggota polis yang sedang bertugas.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai nelayan telah merempuh anggota polis sebelum mereka berdua terjatuh ke atas jalan.

“Pemeriksaan mendapati, anggota polis berusia 36 tahun itu luka pada bahagian tangan dan lutut kanan akibat rempuhan itu sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

“Penunggang motosikal itu juga mengalami luka pada bahagian kaki kiri, bibir dan dahi akibat terjatuh. Suspek juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI