fbpx

Pengurus litar go-kart catat rekod MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christopher (kiri) menyerahkan sijil MBOR bagi rekod pemanduan go-kart paling jauh dalam tempoh 24 jam kepada Praveent di Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Seorang pengurus jualan dan litar go-kart mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas berjaya memandu go-kart sejauh 1,110.35 kilometer (km) dalam tempoh 24 jam disini hari ini.

Praveent Chelvam, 31, menempa nama sebagai pemandu go-kart dengan jarak paling jauh dalam masa 24 jam.

Menurut Praveent, cabaran terbesar yang dihadapinya adalah terpaksa memandu di litar sama dalam tempoh yang lama.

“Secara jujurnya saya menggunakan lebih banyak kekuatan mental berbanding fizikal apabila perlu memandu go-kart selama 24 jam di dalam litar yang sama.

“Saya perlu menggunakan kekuatan mental saya dan beritahu pada diri sendiri untuk meneruskan pemanduan sehingga tamat,” katanya pada sidang akhbar selepas menamatkan pemanduan di litar go-kart Morac Adventure Park di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI