fbpx

Najib gesa penduduk guna pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa penduduk khususnya di Lembah Klang untuk menggunakan perkhidmatan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Jelasnya, melihat kesesakan trafik Lembah Klang semakin teruk setelah ekonomi dibuka semula, rakyat perlu pertimbangkan untuk mencuba perkhidmatan awam.

“Jika nak ke mana-mana, pertimbangkan untuk menaiki Grab, teksi, bas atau memandu ke stesen terdekat untuk teruskan perjalanan masing-masing dengan pengangkutan awam.

“Di Kuala Lumpur juga, DBKL sediakan bas GoKL percuma untuk penduduk sekitar ibu kota ini, ” jelas Najib di Facebook rasminya sebentar tadi.

Tambahnya, beberapa projek pengangkutan awam yang sepatutnya boleh digunakan telah tertangguh akibat Pakatan Harapan (PH) memerintah negara selepas 2018.

“Ya, projek LRT3 sudah tertangguh (sepatutnya siap pada tahun 2020 tapi ditangguh PH hingga ke 2024). Kita kerugian empat tahun hanya kerana dendam politik dan kalau boleh tidak mahu sambung legasi untuk rakyat ini.

“Manakala projek MRT2 pula akan hanya beroperasi tak lama lagi setelah tertangguh setahun lebih, tapi kita masih banyak lagi pilihan antaranya KTM Komuter, Rapid Bas, LRT1, LRT2 dan MRT1.

“Apapun, saya juga mohon majikan untuk melaksanakan waktu kerja anjal selain meneruskan program work from home bagi mengurangkan pergerakan di jalanraya, ” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI