fbpx

Nafas cadang tubuh Lembaga Jagung Bijirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LANGAT – Kerajaan dicadangkan menubuhkan Lembaga Jagung Bijirin Negara dalam mengatasi masalah bekalan makanan kepada haiwan ternakan.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Zamri Yaakob, kewujudannya agensri itu akan membantu pemfokusan penghasilan tanaman jagung bijirin seterusnya memastikan bekalan ayam 60 juta ekor sebulan terus dipasarkan.

Zamri (tengah) menyampaikan bantuan banjir kepada wakil unit peladang, hari ini

“Dahulu peladang menanam jagung, tetapi harga pasaran murah hingga menyebabkan ia kurang dihasilkan.

“Namun sekarang, harganya melambung menjadi RM1,800 satu tan dan menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Jadi, sewajarnya Lembaga Jagung Bijirin ini segera ditubuhkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Aidilfitri Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat di Banting hari ini.

Zamri berkata, pihaknya berharap usaha penanaman jagung bijirin besar-besaran boleh digerakkan segera dengan kerjasama kerajaan negeri. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI