fbpx

Kena strok selepas suami meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini yang diserang strok hanya mampu menggunakan tongkat untuk berjalan di Kampung Temau, Raub baru-baru ini.

RAUB – Seorang ibu tunggal yang baru kehilangan suami pada Feb­ruari lalu akibat sakit jantung diuji pula dengan serangan strok yang menyebabkan bahagian badannya lemah sehingga tangan kanan tidak dapat diangkat.

Noraini Jaafar, 52, yang tinggal di Kampung Temau di sini ber­kata, strok yang dideritainya sejak Ramadan lalu membuatkan dia buntu untuk mencari nafkah bagi menyara lapan orang anaknya yang berumur antara 14 hingga 30 tahun.

“Kematian suami menyebabkan saya mengambil alih semua tugas dengan melakukan kerja kampung. Kini saya diuji pula dengan penyakit angin ahmar sejak bulan puasa lalu.

“Ia menyebabkan tangan kanan saya tidak boleh diangkat, malah anggota badan sebelah kanan juga lemah yang membataskan pergerakan dengan hanya menggunakan bantuan tongkat,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Noraini berkata, dia yang sebelum ini menghidap penyakit darah tinggi diserang strok selepas terjatuh di bilik air ketika hendak mandi pada Ramadan lalu sebelum dibawa ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, selepas lima hari dirawat di hospital, doktor mengesahkan dia menghidap strok dan dia perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Lipis secara berkala.

“Sehingga kini saya masih lemah dan cuma minum susu khas melalui saluran tiub yang dipasang melalui hidung dan pergerakan hanya dibantu oleh anak serta menggunakan tongkat.

“Saya buntu kerana tiada mempunyai pendapatan, sedangkan anak-anak masih belum bekerja dan ada yang bersekolah. Saya mengharapkan bantuan pihak tertentu untuk tujuan rawatan ini dan perbelanjaan lain,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan bantuan boleh menghubungi anak Noraini di talian 011-1698 9660.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI