fbpx

Jambatan Pulau Pinang sesak, ramai graduan konvo USM terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekeping gambar memaparkan seorang pemuda memegang jubah konvokesyen USM sambil berdiri di tepi jalan di Jambatan Pulau Pinang tular di media sosial hari ini.

GEORGE TOWN – Ramai graduan Universiti Sains Malaysia (USM) yang terlibat dalam majlis konvokesyen terkandas ekoran kemalangan maut membabitkan lori dan treler di Kilometer 8.6 Jambatan Pulau Pinang di sini pagi tadi.

Kesesakan lebih 25 kilometer sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth itu turut menyebabkan pengguna jalan raya lain terperangkap berikutan hanya satu daripada tiga lorong dibuka.

Difahamkan kemalangan kira-kira pukul 5.15 pagi yang mengorbankan pemandu dan kelindan sebuah lori itu dialihkan kira-kira pukul 9 pagi.

Sementara itu, tular di media sosial sekeping gambar seorang pemuda yang memegang jubah dan ‘mortar board’ konvokesyen berwarna ungu sambil berdiri di tepi jambatan.

Dia yang mengenakan sut hitam kelihatan melambai ke arah kenderaan dipercayai untuk menumpang motosikal bagi melepasi kesesakan jalan raya untuk ke dewan konvokesyen di USM di sini.

Sementara itu, menurut jurucakap USM, kesesakan itu menyebabkan Sidang Lima Upacara Konvokesyen ke-59 terpaksa dilewatkan berikutan terdapat graduan dan pegawai yang mengalami kelewatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI