fbpx

Hubungan jarak jauh, Sakinah tak rancang tambah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DISEBABKAN Sakinah dan suami menjalani hubungan jarak jauh, dia belum terfikir untuk menambah bilangan cahaya mata buat masa ini.

PETALING JAYA – Selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan lelaki Sweden Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan dia masih belum ada perancangan untuk menambah cahaya mata.

Tambah Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mereka menjalani hubungan perkahwinan jarak jauh kerana suaminya bekerja di Sweden.

Justeru, fokusnya adalah untuk membesarkan cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu berbanding menambah zuriat.

“Memang saya selalu dapat soalan bila hendak tambah anak? Kalau ada anak nanti pasti comel dan cantik.

“Namun, disebabkan hubungan jarak jauh, saya di Malaysia dan suami di Sweden, sememangnya kami belum ada sebarang perancangan untuk tambah anak.

“Fokus kami adalah membesarkan dan beri yang terbaik kepada anak-anak. Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum membuatkan keputusan menambah cahaya mata,” kata Sakinah yang ditemui pada penggambaran filem Jemputan Ke Neraka baru-baru ini.

Sekitar Jun depan Sakinah akan terbang ke Sweden dan bercuti di sana selama dua bulan.

Februari lalu, Sakinah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih pilihannya seorang duda dua anak.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI