PETALING JAYA – Pemilik suara latar siri animasi terkenal dari Jepun, Doraemon iaitu Ruhaiyah Ibrahim mengucapkan terima kasih pada pihak yang membantunya.
Difahamkan, kediaman ‘Doraemon’ yang berada di Hulu Selangor itu telah ditimpa musibah akibat banjir lumpur.
Melalui satu perkongsian di media sosial @nooraidilputrawah, Doraemon Malaysia itu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia yang membantu membersihkan kediamannya.
“Hai saya Doraemon, terima kasih Jabatan Amal (Malaysia), jumpa lagi, ” ujar Ruhaiyah.
Rata-rata orang ramai turut memuji dan merindui suara siri animasi tersebut dan ada yang mendoakan agar Ruhaiyah dipermudahkan segala urusan.
“Rindu suara Doraemon, semoga kakak Ruhaiyah dipermudahkan segala urusan dan didoakan agar sihat sentiasa, ” jelas Zaibidi Yusof.
“Suara yang pernah menghiburkan kita suatu ketika dulu, sangat-sangat popular. Semoga sihat ya kakak.
” Terima kasih juga pada Jabatan Amal Malaysia yang datang membantu termasuk rumah keluarga mertua saya, ” kata Izwan Muhamad.- KOSMO! ONLINE.