fbpx

Doktor guna gerudi keluarkan bebola dalam punggung lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembedahan dilakukan dengan menggunakan gerudi elektrik bagi memotong bebola itu kepada tiga bahagian. - Jam Press/Elsevier

LONDON – Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas sebuah bebola pembersih permaidani tersekat di dalam lubang duburnya sehingga memaksa doktor menggunakan gerudi elektrik untuk mengeluarkan objek tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Lelaki  Britain berusia 51 tahun itu dibawa ke hospital selepas gagal mengeluarkan bebola berdiameter antara 7 hingga 8 sentimeter itu dengan menggunakan pemutar skru dan sudu.

Mangsa dan isterinya memberitahu doktor bahawa dia memasukkan bebola itu dua hari sebelumnya bagi merawat masalah buasir. Doktor bagaimanapun gagal menemui bukti bahawa dia menghidap penyakit itu.

Disebabkan bebola itu lebih lebar berbanding bukaan pelvik lelaki tersebut, proses mengeluarkannya menjadi amat sukar.

Percubaan pertama dan kedua untuk mengeluarkan bebola itu gagal selepas ‘membuka lapisan dinding perut selapis demi selapis’ dan cuba menolak bebola turun ke bawah menerusi rektum.

Doktor akhirnya tidak mempunyai pilihan, selain memotong bebola itu sebelum mengeluarkannya. 

Ia dilakukan dengan menggunakan gerudi elektrik bagi memotong bebola itu kepada tiga bahagian.

Pembedahan selama tujuh jam itu akhirnya berjaya dan pesakit berkenaan menyuarakan kekesalan dan tidak akan mengulangi perbuatannya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI